Sunday 7 October 2012

ADAKAH PEMIMPIN HINDRAF AKAN MENIPU PENGUNDI KAUM INDIA DI PRU 13 SEBAGAIMANA PRU 12?



PEMIMPIN HINDRAF
TELAH DAPAT MEMPERDAYA KAUMNYA.
ADA DI ANTARA PERKARA-PERKARANYA
TAK LOGIK LANGSUNG

Marilah kita baca dan KIRA apakah LOGIK apa yang di MEMORENDUM oleh Pemimpin HINDRAF ini, Namun mereka telah berjaya mempengaruhi RAMAI PENGUNDI KAUM INDIA hingga menyebabkan BN kecundang di beberapa kawasan PRU.

Di bawah ini, beberapa petikan dipaparkan untuk DIBACA dan DIKIRA ..... 

Persoalannya : ADAKAH LOGIK?

DIPAPARKAN DI ANTARA MEMORENDUM HINDRAF



Penjelasan isu Hindraf Tahun 2006 - Bahagian 1.

1.       Apa itu HINDRAF?

·                    Hindu Rights Action Force (HINDRAF) adalah sebuah pertubuhan pelampau India yang berdaftar sebagai syarikat yang beralamat di No. 135-3-A, Jalan Toman 7, Kemayan Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan. Ia ditubuhkan pada Disember 2005 oleh sekumpulan peguam berbangsa India.

·                    Antara tindakan utama kumpulan ini adalah memberi secara percuma khidmat guaman kepada balu mendiang M. Moorthy @ Muhammad bin Abdullah bagi menuntut jenazah beliau daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

·                    Kes-kes lain yang diperjuangkan HINDRAF termasuklah:

*                 LINA JOY @ AZALINA JAILANI bagi kes permohonan beliau bagi gugur perkataan Islam dari MyKad;
*                 SHAMALA a/p SATHIYASEELAN bagi kes beliau yang menuntut hak penjagaan anak dan menghalang bekas suami menukar agama anaknya;
*                 RAYAPPAN a/l ANTHONY bagi kes tuntutan gantirugi keluarga beliau ke atas Majlis Agama Islam Selangor (MAIS); dan
*                 SUBHASHINI a/p RAJASINGAM bagi kes tuntutan hak penjagaan anak dan menghalang anak ditukar ke agama Islam serta mendesak status perkahwinan mereka ditentukan oleh Mahkamah Sivil.

·                   Prinsip perjuangan HINDRAF juga mirip kepada perjuangan Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) ? National Volunteer Corps iaitu sebuah pertubuhan pelampau Hindu di India. RSS juga terlibat dalam pembunuhan Mahatma Gandhi pada 1948 serta genosid di Gujerat pada 2002. Penglibatan HINDRAF dalam kumpulan ini adalah melalui SEWA International iaitu salah satu sayap RSS.
2.       Siapakah penggerak utama HINDRAF?

·                    Bagi mengelakkan daripada berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), kumpulan ini dengan sengaja tidak mewujudkan struktur organisasi yang tersusun. Ia digerakkan oleh individu-individu berikut:

*             Waytha Moorthy a/l Ponnusamy, Pengerusi HINDRAF ? peguam, 41 tahun;

*             Uthaya Kumar a/l Ponnusamy, AJK/Penasihat Undang-Undang HINDRAF ? peguam, 46 tahun;

*                 Manoharan a/l Malayalam, AJK/Penasihat Undang-undang HINDRAF - peguam, 46 tahun;

*                Ganabatirau a/l Veraman, AJK/Penasihat Undang-undang HINDRAF ? peguam,34 tahun;

*                 Kengadharan a/l Ramasamy, AJK/Penasihat Undang-undang HINDRAF ? peguam, 40 tahun; dan

*            Vasantha Kumar a/l Krishnan, AJK/Penasihat Undang-undang HINDRAF ? pegawai bank, 34 tahun.











3.       Siapa penyokong HINDRAF?

·                    Pertubuhan-pertubuhan yang menyokong HINDRAF (penyertaan atas dasar peribadi dan tidak melibatkan pertubuhan terbabit)

*                 Malaysian Indian Youth Club (MIYC);
*                 Bekas-bekas ahli MIC;
*                 Ahli-ahli MIC yang menyokong Datuk S. Subramanian;
*                 National Union Of Plantation Workers (NUPW);
*                 Alaigal Sdn. Bhd;
*                 Biro Komuniti India PKR;
*                 DAP (Komuniti India);
*                 Parti Sosialis Malaysia (PSM)

·                    Bagi mendapatkan sokongan antarabangsa, HINDRAF telah:

*                 mengadakan perjumpaan dengan anggota Kongress Amerika Syarikat menghantar e-mail kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB);

*                 menghantar memorandum kepada Ratu Elizabeth II,  Istana Buckingham, London;

*                 menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Britain; dan

*                 menghantar memorandum ke Kedutaan British di Amerika Syarikat.



4.    Apakah strategi HINDRAF untuk menarik sokongan kaum India?

·                    Mengejutkan masyarakat Malaysia dan antarabangsa dengan memfailkan saman yang tidak munasabah ke atas Kerajaan Britain sebanyak USD 4 trilion (RM14 trilion) sebagai pembuka mata kepada isu-isu yang mereka perjuangkan.



5.       Apakah yang dituntut oleh HINDRAF daripada Kerajaan Malaysia?


*              memastikan kesemua 523 sekolah vernakular Tamil di seluruh negara mendapat bantuan penuh Kerajaan (peruntukan sebanyak RM 20 bilion setahun);


*            menghentikan perobohan kuil-kuil Hindu dengan ganti rugi sebanyak RM 10 juta bagi setiap 15,000 kuil yang telah dirobohkan dalam tempoh 50 tahun.......


*              70 peratus etnik India yang miskin diberikan pampasan dan tempat tinggal yang selesa;










No comments:

Post a Comment