Sunday, August 5, 2012

PENUBUHAN SK FELCRA NASARUDIN .... NAMA AKU DAN PENCETUSNYA TAK TERCATAT LANGSUNG?



ASRAMA PESERTA FELCRA BELIA 
YANG DJADIKAN SEKOLAH

Mungkin kerana aku hanya seorang MARHAIN di mana namaku LANGSUNG TAK TERCATAT tetapi kenapa pula nama Pengarah Pendidikan Perak yang meluluskannya JUGA TAK TERCATAT LANGSUNG?.

Biarlah aku ceritakan kisah ASAL PENUBUHANnya .....

Aku dilantik sebagai Guru Besar pada Tahun 1989 (di antara yang paling muda di Perak Tengah masa itu) dan ditempatkan di SK Suak Padi (Perkampungan Orang Asli) yang jaraknya hanya beberapa km dari Petempatan FELCRA NASARUDIN dan Cikgu Ismail Hasbollah (Mantan ADUN Bota adalah Guru Besar Tok Paduka Raja, Tlk Sareh) .


SK SUAK PADI (SEKARANG)
TEBING TANAH YANG AKU TAMBAK DI AWAL 1990AN
DIJADIKAN TEMPAT LETAK KERETA

PADANG BOLA SK SUAK PADI
(AKU TANAM RUMPUTNYA HANYA MENGGUNAKAN TAHI LEMBU SAHAJA)

Disebabkan ketiadaan sekolah ..... ibubapa di sini terpaksa menempatkan anak-anak mereka ke SK Bota Kanan (jaraknya lebih 10km) dan SK Padang Changkat (jaraknya lebih 5km dan melalui sekolah aku). 

Masa aku di sekolah berkenaan ... aku telah membawa sekolah itu SEBAGAIMANA SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN LAIN. Keadaan ini rupanya diperhatikan oleh Peserta FELCRA dan Pekerja Kilang Sawit di situ hingga aku dikunjungi oleh beberapa orang penjaga murid (ramai anak) yang ingin menukarkan anaknya ke sekolah aku (SK Suak Padi) disebabkan tak mampu nak menghantar anak mereka disebabkan terlalu jauh.

Disebabkan sekolah KEKURANGAN BILIK DARJAH dan KETIADAAN KEMUDAHAN AIR DAN ELEKTRIK aku telah berjanji untuk cuba menyelesaikan maslah mereka.

Kebetulan di masa itu, Pengarah Pendidikan  Perak adalah Dato' Hj Ghazali Uda Umar yang merupakan Penduduk Tempatan (Bota Kanan) .... lalu aku memohon .... di antara permohonan aku :-
1.   Penubuhan SK FELCRA Nasarudin (Cawangan SK Bota Kanan)
2.   Asrama SMK Lambor Kiri (bangunan banyak .... tapi pelajar tak ramai).

Hasilnya .... kedua-kedua permohonan aku dipertimbangkan dan DILULUSKAN. Pada hari pertama sekolah itu dibuka .... AKU, DATO' GHAZALI UDA UMAR, CIKGU SYED MUSTAR DAN TN HJ MUBIN HARUN (MANTAN PPD PERAK TENGAH) ke sekolah berkenaan dan seterusnya ke sekolah aku selepas itu.

Teringat aku apabila mereka masuk ke kelas Tahun 1 di sekolah aku ....
"BANGUN" kata PPD ..... seorang pun tak bangun.
"KUS" kata Cikgu Zulkifli Ali ... sederap mereka bangun ..... aku tersenyum sahaja .... TAPI Mantan Pengarah Pendidikan Perak (Dato' Hj Ghazali Uda Umar) tergelak besar ..... rupa-rupanya dia teringat zaman silamnya dimana beliau juga pernah mengajar di sekolah ini sebelum menjejakkan kaki ke universiti.

SEJARAH YANG DICATAT OLEH PIHAK SEKOLAH .... KLIK DI SINI

SK FELCRA NASARUDIDIN (SEKARANG)


Sekarang aku hanya sebagai PK Kokurikulum sahaja ..... JANGAN DITANYA KENAPA (SENSITIF).


SEKIAN



No comments:

Post a Comment