Wednesday 22 August 2012

ANAK BELANDA DI PULAU PANGKOR DILARIKAN ORANG ..... BUKANNYA DIBAHAM HARIMAU


Belanda cuba menutup cerita sebenar .... menyatakanbahawa "ANAKNYA DIBAHAM HARIMAU".
Batu Bersurat Belanda di Pulau Pangkor menyatakan bahawa .... ANAKNYA DIBAHAM HARIMAU, akan tetapi ... menurut CERITA LISAN Penduduk di Tepi Sg Perak .... ANAKNYA DILARIKAN OLEH ORANG MANONG.

Jadi, jika sekiranya terdapat Penduduk-penduduk Manong yang mempunyai IRAS-IRAS BELANDA .... itulah dia keturunannya 


BATUBERSURAT 03


batu bersurat


BATUBERSURAT 02

PETIKAN CATATAN 


Batu Bersurat terletak di Kampung Teluk Gedung, Pulau Pangkor iaitu berhampiran dengan kawasan perumahan nelayan di tepi pantai dan berhadapan dengan Kota Belanda.

Lakaran yang diukir pada permukaan Batu Bersurat tersebut ialah berbentuk seekor harimau yang sedang menyerang sesuatu (dipercayai seorang budak lelaki) dan terdapat dua bulatan berbentuk daun dan perkataanperkataan Belanda serta Inggeris iaitu ‘If Carlo 1743’ dan lambang VOC (Veerenigde Oostindische Compagnie) yang membawa maksud Syarikat Hindia Timur Belanda. Tahun yang tercatat dikatakan sebagai tahun pendudukan semula Belanda di Pulau Pangkor selepas diusir oleh penduduk tempatan yang diketuai oleh Panglima Kulup pada sekitar tahun 1690an.

Batu Bersurat tersebut dikatakan menceritakan perihal anak kepada pembesar Belanda yang telah hilang dan dipercayai telah dibaham oleh seekor harimau. Walaubagaimanapun, menurut penduduk tempatan, kisah ini merupakan rekaan semata-mata oleh orang Belanda untuk menutup malu kerana sebenarnya anak pembesar Belanda tersebut telah dilarikan oleh lanun.



Wallahualam.

No comments:

Post a Comment