Wednesday 18 July 2012

RIBUAN NELAYAN PESISIR PANTAI MANJUNG BERPOTENSI MENJANA PENDAPAT SAMPINGAN?



Tak berapa lama aku menetap di Manjung,  aku dibawa oleh Sahabat Baik bapaku menaiki sampan dari Teluk Muroh ke Tlk Senangin dan seterusnya mengelilingi Pulau Pangkor .... melalui Pulau Pelanduk, Pulau Dua dan terus ke Tanjung Terengganu untuk untuk ke Teluk Muroh semula.

Dalam perjalanan aku .... aku telah menemui beberapa bahan yang aku fikirkan sesuai untuk dijadikan SUMBER PENDAPATAN SAMPINGAN untuk Para Nelayan Pantai yang rata-rata berpendapatan rendah.

Perkara yang menjadi FOKUS aku adalah:-

1.   Pantai yang sesuai dijadikan PUSAT PENTERNAKAN IKAN LAUT DI DARATAN.
2.   Terdapat BETING YANG LUAS yang ditumbuhi oleh RUMPAI LAUT.
3.   Adakah RUMPAI LAUT di perairan ini BOLEH MENJADI SUMBER PENDAPATAN?


Mari kita tumpukan kepada Perkara 2 dan 3 iaitu RUMPAI LAUT di Perairan Pantai Manjung


Selang beberapa lama, aku telah mendapati PELAN LOKASI BERKENAAN dari seorang rakan. Aku dapati beberapa (LOKASI YANG LUAS DAN CETEK) yang sesuai untuk dijadikan TAPAK PROJEK.




Tak lama kemudian, aku terjumpa RUMPAI LAUT yang dikatakan BOLEH DIMAKAN di dalam pukat ketam seorang nelayan.


Baru-baru ini, seorang yang tinggal di tepi pantai memberi aku sejenis rumpai laut yang dikatakan ADA NILAI KOMMERSIAL.




Sebelum ini, rumpai laut yang aku temui adalah seperti paparan di bawah ini.



Sementara, di beting ....  adakah dari jenis di bawah ini (tapi tidaklah sebanyak ini)


Jadi, jika dijadikan SATU PROJEK SECARA BESAR-BESARKAN .... sudah tentu dapat mengeluarkan SATU JUMLAH YANG BESAR dan SUDAH TENTU BERPOTENSI UNTUK DIKOMERSIALKAN.

Dengan itu, NELAYAN PANTAI sudah tentu mendapat PULANGAN dan sedikit sebanyak dapat membantu menampung SARA HIDUP keluarga.

Berdasarkan kajian rambang, kawasan yang  berpotensi adalah beribu-ribu ekar, maka sudah tentu dapat memberi peluang kepada beribu-ribu nelayan tempatan.

Sementara menunggu kajian seterusnya, sesiapa yang mempunyai pengetahuan mengenai paparan di atas, adalah dialu-alukan memberi pendapat.

Sekian, Terima kasih.

1 comment: