Thursday 26 July 2012

KISAH "PAK KADUK YANG SEBENAR" DILENYAPKAN ..... ?



PENINGGALAN PAK KADUK
(Di Batu 16, Lambor Kanan, Parit, Perak)
Terdapat 8 lagi Peninggalannya yang 
TAK DAPAT DIKESAN
(TERMASUK CAPING DSBNYA)
BERAPA NILAINYA SEKARANG NI?

(HJH MAH BT PDK LOGAM)
SALAH SEORANG KETURUNANNYA

Setelah dikalahkan oleh Tentera Portugis di Melaka pada Tahun 1511, Sultan Melaka lari ke Bentan (Pusat Pemerintahan Baru Melaka) .... kalah di sana melarikan diri pula ke Kampar (juga Jajahan Melaka). Bersama-sama baginda adalah Putera dari isteri keduanya iaitu Raja Muzaffar Shah.

Sebelum itu, ramai Para Pembesar berselerakan ke merata Tanah Melayu terutama ke Perak untuk mencari Petempatan Baru untuk Sultan Melaka. Di antara yang dikenalpasti adalah Penghulu Kassim ke Manjung, Tun Saban ke Janin dan Makhkota Alam ke Lambor tidak termasuk di Pesisir Pantai Perak dari Manjung hingga ke Kerian.

Setelah AGAK MANTAP, Para Pembesar di Perak telah menjemput Sultan Melaka ke Perak akan tetapi Baginda menghantar anaknya Raja Mudzaffar Shah bersama-sama dengan alat kebesaran serta para pengiringnya.

Walau pun Manjung adalah Jajahan Melaka dan Janin di bawah penguasaan Tun Saban (dikatakan Anak Bendahara Melaka), Raja Mudzaffar Shah TIDAK SAMA SEKALI DI BAWA KE SANA (Manjung dan Janin) tetapi di bawa masuk melalui Kuala Sungai Perak melalui Beting Beras Basah. Kenapa ini dilakukan?. Kemungkinan untuk mengelakkan dari Portugis yang cuba MEMUPUSKAN KESULTANAN MELAKA yang dianggap begitu berkuasa pada masa itu.

Di masa itu, Perak mempunyai beberapa Petempatan yang dikuasai oleh Tokoh-tokoh Tertentu :-

1.   Manjung - Penghulu Kassim (dari Melaka)
2.   Beruas - (Tak dapat dikesan)
3.   Janin - Tun Saban (dari Melaka)
4.   Temong - Tok Temong (seorang Wanita)
      -  (Tebing Kiri, dari Kota Setia - Lenggong)
5.   Lambor - Mahahara Lambor (Dari Aceh)   
    -(Tebing Kanan, dari Bgn Datoh-Lenggong)
6.   Kerajaan Reman - Raja Reman (Siam)
      -  (Lenggong ke Utara)

UNTUK KETERANGAN LANJUT 

Telah disyaratkan oleh Tok Temong (Seorang Wanita Kaya) bahawa "TIADA SEBARANG ISTANA DIBINA DI TEBING KIRI SG PERAK) .... maka Tebing Kanan Sg Perak menjadi PILIHAN UTAMA.


Berbalik kepada Tun Saban dan Penghulu Kassim yang dikatakan MENJEMPUT Raja Muzaffar Shah di Beting Beras Basah PADA MULANYA telah membawa Raja Muzaffar Shah masuk ke Perak dengan menaiki gajah menuju KE HULU untuk mencari PETEMPATAN BARU YANG SESUAI, tapi TELAH MEMBATALKANNYA lalu mudik menaiki BAHTERA melalui Sg Perak ..... lalu singgah di KAMPONG TUA (baginda tinggal di BAHTERA beberapa bulan sehinggalah MAHARAJA LAMBOR memberi TAPAK UNTUK MEMBINA ISTANA di Tanah Abang, Padang Merhum, Telok Bakong, Lambor Kanan di pinggir Sg Perak di sebelah hulu (lebihkurang 2km dari Kampong Tua ini).

Disebabkan keluasan TAPAK ISTANA YANG DIBERI OLEH MAHARAJA LAMBOR AGAK SEDIKIT (lebihkurang puluhan ekar sahaja)..... Sultan Mudzaffar Shah telah memujuk PAK KADOK untuk MELEPASKAN TANAHNYA .... (maka berlakulah cerita dongeng "PAK KADUK KALAH MENYABUNG AYAM") ..... akhirnya Sultan Perak dapatlah menguasai tanah dari BOTA KANAN - KERAJAAN REMAN .... Kg Beng, Lenggong (masih kosong ... tiada penduduk) dan Pak Kadok pulang ke Deli dengan membawa "EMAS URAI @ SERBUK EMAS".


Untuk makluman (mengikut ADAT PEMBUKAAN PETEMPATAN "SIAPA YANG TERAKHIR, BELIAULAH YANG MEMILIKI TANAH SETERUSNYA HINGGALAH TERDAPAT PETEMPATAN BARU atau PENEROKA BARU YANG DILULUSKAN"


Pak Kadok di masa itu adalah PENEROKA TERAKHIR .... jadi beliaulah YANG MENGUASAI KAWASAN DI SEBELAH HULU TEBING SUNGAI PERAK hingga ke Lenggong jadi BERURUSANLAH "MEREKA" dengan Pak Kadok untuk tujuan tersebut.

Pak Kadok berpindah ke SEBERANG KIRI (Lambor Kiri) iaitu ke KAWASAN SAUDARA PEREMPUANNYA ... Tok Temong. Dengan berbekalkan "EMAS URAI" beliau balik ke Deli dan kembali ke Lambor sebagai SAUDAGAR KAYA beberapa tahun kemudian .... hingga kini KETURUNANNYA yang berasal dari SEMBILAN ANAK-ANAKNYA menetap di Perak dan sebahagian darinya MASIH MENETAP DI LAMBOR dan sekitar Perak   Tengah @ Parit.

Setelah kematian Tok Temong, barulah Sultan Perak memberanikan diri MEMBINA ISTANA/PETEMPATAN di sebelah KIRI SUNGAI PERAK.


Perlu diingat, KAUM ASLI di masa itu MENDIAMI KAWASAN BUKIT DI MERATA TEBING KANAN SUNGAI PERAK bermula dari Hulu Perak ..... hinggalah ke Slim hingga diriwayatkan  "TERDAPAT ZURIAT HASIL DARI PERNIKAHAN SULTAN PERAK DENGAN ANAK KETUA KAUM ASLI DI HULU KINTA" .... sila cari sendiri .... SIAPA KETURUNANNYA .....


Oleh itu, saya (walaupun saya BUKAN DARI KETURUNANNYA) mengharapkan kepada SEMUA PARA PEMBACA ..... AGAR MEROMBAK DAN MENGUBAH PERSEPSI TERADAP "PAK KADOK" DARI "NEGATIF" KE TAHAP YANG SEWAJARNYA.

WALLAHHUALAM

No comments:

Post a Comment