Friday 27 July 2012

"GAJAH BATU" DI BELAKANG HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG ADALAH PENINGGALAN "PENJARAH SIAM YANG KARAM"?



Di awal 1980an aku selalu berkunjung ke Perkampungan Asli (Kaum Semai) di Bota yang kebetulan bersebelahan dengan kebun pusaka datukku.

Masa itu, Tok Batin Itam Mat Hasan merupakan Penghululu Kg Tumbuh Hangat ... aku selalu bersembang-sembang dengannya.

"Dulu ... kami yang tinggal di Lambor tu. Bila ORANG BAROH datang, kami pindah ke DARAT. Itu sebabnya nama kampung Cikgu tu namanya LAMBOR. Lambor tu bahasa kami" katanya sambil berbaring di dalam buaian sambil cucunya yang masih kecil baring di dakapannya sambil berbuai.


 "GAJAH BATU"
DI SEBELAH KIRI HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG
(ALIRAN ASAL SUNGAI PERAK)


CUBA BACA DAN FIKIRKAN KENYATAAN DI BAWAH INI UNTUK PERBINCANGAN SELANJUTNYA.

1.  Terdapat sebatang pokok besar merentasi Sungai Perak yang menghalang laluan/aliran sungai. Beberapa kali percubaan untuk memotongnya tetapi TAK BERJAYA dan akhirnya "MEREKA PUN BERLAMBOR" dan keesokannya barulah batang kayu itu berjaya dipotong.

2.   Di sebelah kawasan yang diceritakan terdapat SELONGGOK GAJAH BATU (anak beranak) yang dikatakan orang kampung sebagai SUMPAHAN SANG KELEMBAI.

3.   Dikatakan, LALUAN PURBA untuk ke Beruas adalah dari Sungai Perak dan mudik melalui ANAK SUNGAI di kawasan Kampung Tua, Belanja. Di sinilah "PINTU MASUK" Penjarah Siam untuk ke Beruas melalui Kubang Aji dan seterusnya ke Dendang, Beruas.

Dari TIGA kenyataan di atas dan keterangan selanjutnya, menunjukkan bahawa ....

1.   Tiada PETEMPATAN di sebelah hulu tebing kanan sungai bermula dari GAJAH BATU berkenaan.

2.  Tiada sebarang PENJARAHAN dilakukan oleh SIAM selepas (sebelah hilir) GAJAH BATU itu dan di situlah PETEMPATAN yang didirikan oleh KETURUNAN LAMBOR yang dinyatakan oleh Tok Batin (Rujuk Perkara 1).

KESIMPULANNYA .......

1.   KERAJAAN SIAM SAMA SEKALI TIDAK PERNAH MELAKUKAN SEBARANG PENJARAHAN/PERJALANAN SELEPAS "GAJAH BATU" BERKENAAN.

2.   INI KEMUNGKINAN TELAH BERLAKU MALAPETAKA TERHADAP PELAYARAN MEREKA UNTUK KE HILIR DENGAN BERLAKUNYA "KAPAL KARAM" APABILA TERSEKAT OLEH "BATANG KAYU" YANG MELINTANG LALUAN/ALIRAN SUNGAI.

3.   TAKKAN HANYA "GAJAH BATU" SAHAJA YANG TENGGELAM DI SITU. KEMUNGKINAN ADA BARANGAN LAIN YANG TURUT TENGGELAM DAN TAK DAPAT DISELAMATKAN.

Oleh itu, SAYA AKAN CUBA MENGHURAIKANNYA .... JIKA/SETELAH MENDAPAT KEBENARAN/BANTUAN DARI PIHAK TERTENTU.

DIHARAPKAN DAPAT BANTUAN YANG MAKSIMUM
DARI
PEMIMPIN DI ATAS


WALLAHUALAM


No comments:

Post a Comment