Friday 30 March 2012

PERCUBAAN PAKATAN GUNAKAN ISU "KILANG BESI VALE" UNTUK MERAIH UNDI DI P074 LUMUT, N51 PASIR PANJANG DAN N52 PANGKOR.

Pagi tadi aku menerima arahan dari Bos aku untuk menggantikan beliau hadir ke PERJUMPAAN BEKAS PESERTA OBSL anjuran OBSL dengan kerjasama KILANG BESI VALE. Konon ceritanya lebihkurang 500 peserta telah pun menjalankan Kursus Motivasi di situ.

Aku paparkan di dalam Laman FB aku dan telah mendapat respon sebegini dari Rakan FB yang sememangnya PENYOKONG PAKATAN RAKYAT.

SESUAIKAH GAMBAR INI DIPAPARKAN UNTUK PROGRAM INI
APA PANDANGAN IBUBABAPA/PENJAGA PESERTA-PESERTA ITU

Jadi, terpanggil aku meninjau KILANG BESI VALE ini dan apakah IMPAK kepada MASYARAKAT dengan kewujudannya.

Hasilnya .... 

Wujudnya KILANG VALE ini melalui beberapa peringkat :-

1.   PERINGKAT MERISIK (PERBINCANGAN)
      Zaman YB Tan Seri Tajol Rosli (Mantan MB)

2.   PERINGKAT MEMINANG (TETAPKAN SYARAT DSB)
      Zaman YB Dato' Seri Mohd Nizar (Mantan MB)

3.   PERINGKAT KAHWIN (PEMBINAAN)
      Zaman YAB Dato' Seri Dr Zambri (MB sekarang).

Selalunya, dari ketiga2 peringkat ini, Peringkat Kedualah yang paling penting ... di mana syarat dan perjanjian dimetrikan. Tak tau ler pulak ..... kalau Projek Kilang Besi Vale ini terlalu berani mengeluarkan perbelanjaan BERJUTA-JUTA RM tanpa mengambil kira KELULUSAN DSBNYA terlebih dahulu.

Bak kata Orang Tua2 ....."Kalau dah tak ada jodoh .... dah bertunang pun kahwin tak jadi".... merabanlah GOLONGAN TERTENTU kesan dari peringkat-peringkat ini.

Selain itu, aku GAMBARKAN seperti di bawah ini untuk menunjukkan bahawa PERHIMPUNAN 31 MAC 2012 (ESOK) ini seolah-olah "ADA UDANG DI SEBALIK MEE".

KONONnya CCCP yang diketahui oleh Zainal Abidin Osman (ramai yang tak kenal siapa orangnya) adalah penganjurnya akan tetapi POSTER dan SEUMPAMAnya datangnya dari GROUP PAKATAN RAKYAT sekitar Manjung, jadi saya beranggapan bahawa INI ADALAH PROGRAM PAKATAN RAKYAT UNTUK MERAIH UNDI SEBELUM PRU 13.

Sebagai Rakyat Awal Negeri Perak dan Warga Manjung sejak 1997 saya menampilkan diri untuk menjawab beberapa soalan yang sering dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu dalam MEDIA SOSIAL sejak sekian lama hingga kini.

PERSOALANNYA.

1.   Kenapa TAK BUAT BANTAHAN (tak nampak pun link bantahan dalam media sosial) dilakukan semasa pentadbiran Pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan itu?.

2.   Kenapa HANYA KILANG VALE sahaja yang DITITIK BERATKAN untuk dibantah sementara PROJEK HILIRAN yang lain dibiarkan begitu sahaja seperti Ternakan Ayam dan Babi yang setiap hari mengeluarkan bau dan HURUNGAN LALAT boleh dikatakan di Seluruh Manjung.

3.     Kenapa tidak diPAPARKAN program-program yang telah disumbangkan oleh Kilang Besi VALE ini dan alangkah sedihnya apabila terdapat satu PAPARAN YANG TIDAK SEPATUTNYA DIPAPARKAN kerana Program Motivasi itu dianjurkan oleh NGO bukan ada kait mengaitkan dengan BN atau Kerajaan Negeri.

OLEH ITU, DENGAN INI  ATAS RASA TANGGUNGJAWAB
IZINKAN SAYA MEMAPARKAN DAPATAN SAYA SEBAGAIMANA DI BAWAH INI

(Perlu dingat bahawa PAPARAN dan KENYATAAN di bawah adalah KENYATAAN PERIBADI AKU dalam ertikata lain ... AKU PUNYA STATEMENT).









JADI, FIKIR-FIKIRKAN LAH MANA YANG BAIK DAN MANA YANG BURUK KERANA
YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH
DAN 
YANG BURUK ITU DATANGNYA DARI ??????.

WALLAHHUALAM



No comments:

Post a Comment