Sunday 4 September 2011

KARPAL SINGH PERNAH KENA TAMPAR , TAKKAN LEPAS NI GILIRAN MAT SABU PULAK ?

Salam.

     Puluhan tahun dulu, kita pernah mendengar Karpal Singh KENA TAMPAR. Ini disebabkan oleh MULUTnya yang celupar menyebabkan orang marah khasnya Masyarakat Melayu.

     Dia ditampar oleh Allahyarham Arshad bin Mat Gamat yang tinggal di Selayang. Berasal dari Teluk Bakong, Lambor Kanan, Parit, Perak .... berdekatan dengan Tanah Abang (tempat semanyam Sultan Mudzaffar Shah I - Sultan Perak Pertama).

     Disebabkan Allahyarham tidak mahu membayar DENDA beliau dimasukkan ke penjara. Aku sebagai CUCU SAUDARAnya ... telah menghantar Wang Kiriman Pos  berjumlah RM25.00 ke Surat Khabar WATAN (tapi malangnya dikembalikan) kerana ayahandaku pernah berpesan "JIKA ADA SAUDARA MARA YANG PERLU DIIKAT JAMIN ... HENDAKLAH KAMU JAMIN, WALAU PUN BERGADAI BERGOLOK". 

     Denda beliau telah dibayar oleh NGO Selangor kalau tak silap saya diketuai oleh Dato' Ujang Bagong (sila betulkan, kalau saya silap), jadi dia dilepaskan. 

     Bersabit dengan Mat Sabu, rasanya jika ada lagi Tok Shad Gamat (nama gelarannya di kampung) mungkin SEJARAH AKAN BERLAKU LAGI. Bak kata Orang Tua-tua " KERANA PULUT SANTAN BINASA ... KERANA MULUT BADAN BINASA".  


     Mat Sabu sepatutnya membuat KAJIAN terlebih dahulu sebelum membuat sebarang PENGISYTIHARAN yang boleh menjadi KONTOVERSI tambahan melibatkan MARUAH ahli masyarakat dan PERSEPSI masyarakat terutama ahli keluarga MANGSA KOMUNIS tak kira di mana mereka berada di BUMI MALAYSIA TERCINTA ini.Mengiktiraf Mat Indera sebagai Pejuang adalah KETERLALUAN.



     Kita perlu ingat bahawa Melayu :-

1.     Terdapat Pemimpin UMNO/PAS/DLL yang berkhidmat dengan British dan diikuti Jepun dan British kembali. 
- Adakah patut kita gelar mereka "BARUA PENJAJAH"?.

2.      Terdapat Pemimpin Melayu yang PRO SUKARNO yang ingin MERDEKA BERSAMA INDONESIA. Keadaan ini lebih ketara apabila PEMBENTUKAN MALAYSIA (1963) di mana terdapat Pemimpin Melayu yang menentangnya. 

3.      Tidak boleh dinafikan terdapat ramai Pemimpin Melayu yang PRO SOSIALIS bersekutu dengan Kaum China yang PRO KOMUNIS yang matlamatnya HAMPIR SAMA. Jadi, dimanakah hendak diletakkan RAJA/SULTAN yang MEMANG PEMERINTAH NEGERI-NEGERI DI TANAH MELAYU ini, sementara rakyat HANYALAH PENTADBIR/PENASIHAT.

4.     Terdapat Kaum Melayu yang mengalu-alukan KEDATANGAN JEPUN ke Tanah Melayu dengan harapan DAPAT MEMERDEKAKAN Persekutuan Tanah Melayu dari tangan British. Jadi, tidak hairanlah ramai Anak-anak Melayu yang menjadi Kakitangan Jepun yang akhirnya membawa kepada kekecewaan setelah Jepun menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu ke tangan Siam.

5.     Terdapat juga sebahagian besar dari Kakitangan British diserapkan terus dalam ertikata lain bekerja terus dalam Kerajaan Jepun seperti Perkeranian, Guru dan termasuk juga PTD/PTA. Dalam masa yang sama, mereka juga merupakan Pegawai British dalam GERAKAN GEROMBOLAN contohnya 136 dsbnya.
     Akan tetapi, setelah Jepun KALAH ... kenapa terdapat KES-KES yang melibatkan PEROMAPAKAN, PENANGKAPAN dan PEMBUNUHAN KAUM terutama Kaum-kaum Melayu dan segelintir Kaum Cina apabila KOMUNIS dan SEKUTUnya memerintah selama `14 hari.

     Adakah disebabkan mereka MAKAN GAJI DENGAN JEPUN, maka mereka dianggap sebagai BARUA JEPUN?. Begitu juga sebelum dan selepas itu dimana MAKAN GAJI DENGAN BRITISH dianggap sebagai BARUA BRITISH?.

     Jika itu kita beranggapan, maka SEKARANG INI, maka terpaksalah  kita memFATWAkan bahawa MAKAN GAJI DENGAN KERAJAAN BN dianggap sebagai BARUA BN?.

     Berbalik kita kepada cerita Mat Sabu yang mengiktiraf Mat Indera sebagai HERO. Izinkan saya paparkan petikan yang TIADA DALAM CATATAN SEJARAH TANAH AIR BERKENAAN DENGAN MAT INDERA.


Fadzil Mohamed
"Kisah lain akan kekejaman Mat Indera...dari mulut abg ipar romo sprt berikut...Kisah Mat Indera menyeksa orang-orang kg yg didendami dituntas mrk ketika Kominis memerintah Malaya selama 18-hari amat memilukan...
Antaranya...dia & konco-konco talibarut kominis pernah menangkap seorang imam lalu ditanam imam trsbt sehingga paras leher...ditaburnya beras serta makanan ayam, itek & angsa diatas kepala imam...lalu dilepaskan ternakan yg kelaparan tadi mematuk dan menyudu makanan atas kepala imam sehingga luka-luka teruk dipatuknya trmsk mata, telinga, mulut imam itu sehingga membawa maut...disaksikan anak-isteri serta org kg.
Tak cukup dgn itu, dia & konco2-nya merampas harta benda imam...sprt basikal, mesin jahit, kain baju lalu diberi pd klrg mrk utk dipakai & ditayang terang-terangan utk sakitkan hati anak isteri imam trsbt melihat harta-benda mrk diguna-pakai...sanak klrg Mat Indera & konco2nya."

Datuk saya yang merupakan seorang bekas guru dan terpaksa bekerja membantu Jepun dalam hal-ehwal tempatan. Begitu juga dengan bapa mertua saya iaitu seorang pembantu perubatan yang hilang tanpa dapat dikesan dalam satukejadian yang berlaku di hadapan Penjara Pudu. Ini adalah antara contoh kezalimantanpa sebab yang dilakukan oleh komunis semata-mata kerana rakyat ketika ituterpaksa tunduk kepada Jepun...petikan temuramah utusan malaysia
Kisah kejam penganas komunis ini bukan saja berlaku terhadap kaum melayu malah x kurang juga sebilangan bangsa cina turut menjadi mangsa. Ah Hong seorg pemandu bas yg mempunyai bas sendiri telah dibunuh dgn kejam krn tidak berkerjasama dgn mrk memberi bantuan bekalan dan makanan. Isterinya disula dr lubang dubur ke mulut di batu 13 jln sg mati - tangkak dekat dgn jirat Cina. Badan ah Hong dikelar2. Mungkin kita terfikir mustahil mrk sejahat itu. Tapi tiada yg mustahilnya krn mrk mahu menunjukkan pd org ramai terutama kaum Cina akan padahnya jika tidak bekerjasama dgn komunis. Ramai yg takut. Dan akhirnya bekalan makanan n Wang disalurkan. Ada yg sanggup sembunyikan dlm tong najis beras n gula.
Mohamed Kasim Abd Razak
Di tempat teman ....ditangkapnye orang melayu...ikat pd tiang...dikelor2nye...lepas tu diperahnye ayor limau....dahsyat2...menjerit hamba allah tu....kejam...kejam...
Kisah kejam penganas komunis ini bukan saja berlaku terhadap kaum melayu malah x kurang juga sebilangan bangsa cina turut menjadi mangsa. Ah Hong seorg pemandu bas yg mempunyai bas sendiri telah dibunuh dgn kejam krn tidak berkerjasama dgn mrk memberi bantuan bekalan dan makanan. Isterinya disula dr lubang dubur ke mulut di batu 13 jln sg mati - tangkak dekat dgn jirat Cina. Badan ah Hong dikelar2. Mungkin kita terfikir mustahil mrk sejahat itu. Tapi tiada yg mustahilnya krn mrk mahu menunjukkan pd org ramai terutama kaum Cina akan padahnya jika tidak bekerjasama dgn komunis. Ramai yg takut. Dan akhirnya bekalan makanan n Wang disalurkan. Ada yg sanggup sembunyikan dlm tong najis beras n gula.
Lob Bek  Tanah Abang terletak dibelakang rumah aku, adik kepada moyang aku ditembak mati ketika menjala ikan dimalam hari. Padaku Abdullah CD adalah pengkianat.
Peristiwa bkt kepong:
Mat indre atau dipanggil cikgu mat. Setelah Balai ditawan, sebahagian yg masih hidup ditanya sorg2, 'kamu kenal aku" ...bila Polis tersebut menjawab "ya ...kenal. cikgu mat" dicucuk dgn benet senapang. Cerita ini disampaikan Oleh isteri2 yg masih lagi hidup ketika itu.
      Penangkapan cikgu mat dibuat Oleh org2 kampung di sagil Tangkak. Ketika itu beliau menumpang makan di rmh Ketua kg spt biasa. dlm makanannya dicampurkan dgn buah kecubung. Setelah mabuk, ditanggalkan tangkal kebalnya dipinggang n leher dan beliau pun ditangkap Oleh org2 kg. bbrp rakannya yg menunggu ditepi belukar pun turut dikepong n ditangkap. 

Mengikut cerita ibu saya semasa 14 hari komunis memerintah berlakulah kehilangan beberapa individu dikampong saya, berlaku kahwin paksa dan bermacam lagi kekejaman hingga ayah saya membawa keluarga lari berlindung kedarat(kebun).

Cikgu Lin : 
Cikgu Razak dari Kg Baharu, Lumut adalah seorang guru di zaman British dan juga di zaman Jepun .... telah ditembak oleh Pihak Komunis di Pekan Kg Baharu. Walaupun luka, beliau semapat melarikan diri. Malangnya, dia ditikan hingga mati di belakang kedai. Anak cucu orang yang menikamnya masih ada di Kg Baharu
 
MAT SABU HARUS BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KENYATAANNYA.

Sekian, terima kasih. 
 
    

5 comments:

  1. teringin sangat nak tenguk video mat sabu tu, kalau ade masuk dlm utube. dah tenguk baru nak nilai n komen. sy x nak memfitnah ataupun mengumpat. dpt dosa free

    ReplyDelete
  2. Kalau kita banyak berbicara tentang Mat Sabu dan Pas ni pun tak ada faedahnya kerana pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut tegar Pas ni terdiri dari makhluk-makhluk yang tidak akan menerima pandangan orang lain, minda mereka telah ditutup sama sekali; mereka tidak akan dapat melihat kebenaran. Allah telah hitamkan hati mereka hasil perbuatan mereka sendiri yang menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka.

    ReplyDelete
  3. http://www.youtube.com/watch?v=m4hDwBiGPGA&feature=player_embedded

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berkaitan dengan British ,,,
      PKM pun pernah dibayar secara bulanan oleh British.
      M$50,000 - M$75,000 sebulan ... semasa penjajahan Jepun.
      Hasrat PKM juga sama dengan British ... menjajah jugak... bukannya MEMBEBASKAN MALAYA.

      Cuba kaji apa yang dilakukan PKM sebaik sahaja Jepun menyerah diri.

      Delete
  4. Kehancuran PR makin hampir!!! Allah rencanakan perbuatan terkutuk pemimpin2 PR utk penilaian rakyat.. n pembalasan Allah tetap ada!!

    ReplyDelete