Monday 15 August 2011

LEBIHKURANG 500 UNDI POS P074 LUMUT HILANG ENTAH KE MANA BERBANDING N50 SITIAWAN, N52 PASIR PANJANG DAN N52 PANGKOR.

Salam



     Setelah dicampurkan Jumlah Undi Pos ke semua DUN di dalam Parlimen P074 Lumut, maka terteralah P074 Lumut KURANG lebihkurang 500 undi.

     Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak tetapi kenapa ini boleh berkalu ?.
     Di antara Faktor yang boleh difikirkan sebagai punca utamanya :-

1.   Kertas Undi POS di"HILANG"kan oleh PETUGAS PRU.
2.   Siapakah PETUGAS yang bertanggungjawab mengendalikan UNDI POS BERKENAAN ?.

     Mungkin Pakatan Pembangkang akan menyatakan "INILAH KERJA BN/SPR" tetapi kita perlu ingat bahawa PETUGAS BERKENAAN bukan dari Kakitangan Tetap SPR. Mereka adalah Petugas Pilihanraya yang dilantik Sementara sahaja. Jika, ada berlaku KEPINCANGAN, adakah BN/SPR perlu dipersalahkan?.

     Petugas-petugas yang dilantik ini boleh dipertikaikan :-

1.     Adakah mereka PENYOKONG BN atau PEMBANGKANG?.
2.     Biasanya UNDI POS ini memihak kepada BN, jadi adakah BN yang cuba membuat DURJANA?.

     Oleh itu, saya berharap dapatlah kiranya pihak SPR meneliti perkara ini dan cuba menghindarkan KEJADIAN INI tidak akan berulang lagi.


     Juga, saya mengharapkan agar Jentera PRU Parlimen Lumut akan lebih PEKA di masa akan datang khasnya PRU 13 nanti.
     Saya mengandaikan, jika sekiranya +/- 500 kertas undi yang dipertikaikan itu dikira semasa Proses Pengiraan, Majoriti BN/MCA khasnya YB Dato' Seri Kong Cho Ha akan bertambah melebihi 500 undi berbanding 298 yang diperolehinya.

     Malangnya, DATA berkenaan tidak dapat saya paparkan untuk RUJUKAN. Sila dapatkan dari Pihak Berkenaan.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment